Standard komisen ialah 3% dari harga jualan. Rata-rata hartanah di Lembah Klang pun sudah RM300,000. 3% dari RM300,000 adalah RM9,000. Sekali kerja dah dapat pendapatan berkali-kali ganda.
Kerjaya ejen hartanah kurang terkesan dengan ekonomi semasa. Pasaran hartanah tetap bergerak seperti biasa walaupun ekonomi naik ataupun turun. Bila ekonomi turun, ia adalah pasaran pembeli, bila ekonomi naik pula, ia adalah pasaran penjual.
Sekiranya ada deal hartanah yang terbaik di bawah harga pasaran, biasanya kita yang akan tahu dulu. Bolehlah beli sendiri atau berkongsi deal untuk keluarga dulu.
Masa kerja, kita yang tentukan bila kita nak kerja dan tak nak kerja. Tapi korang janganlah sambil lewa pulak. Duit tak kan bergolek kat kita, kita lah pi kejar. Lagi rajin kita kerja, lagi banyak income kita inshaAllah. Yang penting usaha mesti padu, selebihnya kita berserah padaNya.
Support dan latihan daripada team leader yang berpengalaman dalam bidang jualan subsales dan projek. Modul yang tersusun untuk menjamin kejayaan anda.
Bukan hari-hari kita fikir pasal 'sales', kami juga sediakan aktiviti riadah dan networking sesama perunding hartanah company. Yang penting, semua Happy!
Pelan komisen untuk ejen yang menarik dan terbaik. Menjamin jejak kerjaya yang terbaik untuk masa hadapan. Pembayaran komisen pantas, cepat dan tuntas.
Setiap ejen yang berusaha keras pasti akan mendapat balasannya. Bukan setakat komisesn sahaja, tetapi juga anugerah dan pakej pelancongan buat ejen yang berjaya.